utama

Kanak-kanak lelaki maut terjerut di malam ulang tahun kelahiran

Oleh Hazira Ahmad Zaidi

KANAK-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui mati selepas dipercayai terjerut kain tuala dalam kejadian di Kuala Nal di Kuala Krai, malam tadi.

Kejadian yang dilaporkan berlaku jam 9.30 malam tadi disedari ahli keluarga kanak-kanak berkenaan selepas mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.

Lebih memilukan, kanak-kanak itu dikatakan meninggal dunia pada malam ulang tahun kelahirannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Disiarkan pada: June 7, 2020 @ 4:27pm
d