utama

Kluster baharu Covid-19 dikesan di China

Oleh AFP

Beijing: Sebanyak 11 perumahan di selatan bandar raya itu dikenakan perintah berkurung berikutan kluster baharu Covid-19 membabitkan pasar borong daging Xinfadi.

Pihak berkuasa hari ini melaporkan 11 kes baharu Covid-19 termasuk enam kes tempatan di ibu negara itu yang menimbulkan kebimbangan akan kemunculan gelombang baharu penularan pandemik itu.

AFP melaporkan, tujuh kes mempunyai kaitan dengan pasar itu, manakala enam disahkan hari ini.

Sembilan sekolah dan tadika berdekatan turut diarahkan tutup serta-merta.

Berikutan terdapat kes baharu, pihak berkuasa Beijing mengambil keputusan untuk menangguhkan semula pembukaan pelajar sekolah rendah dan turut menangguhkan semua acara berkaitan sukan dan jamuan makan secara berkumpulan.

Pihak berkuasa bandar raya Beijing semalam turut menutup dua pasar yang dikunjungi oleh salah seorang individu yang disahkan positif Covid-19.

Sementara itu, pengerusi pasar borong Xinfadi dalam satu kenyataan kepada Beijing News berkata, virus itu dikesan di atas papan pemotong yang digunakan bagi membersihkan ikan salmon import.

Berikutan itu, rantaian pasar raya gergasi termasuk Wumart dan Carrefour turut mengeluarkan semua stok ikan salmon di bandar raya itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 13, 2020 @ 4:00pm
    d