utama

Kluster Kidurong babitkan enam kes positif

Oleh Saipul Adli Mohamad dan Muhaamad Hafis Nawawi

SATU kluster baharu, Kluster Kidurong dikesan di Bintulu, Sarawak membabitkan enam kes positif Covid-19 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks adalah seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang dikesan positif pada 12 Jun lalu.

Menurutnya, aktiviti pengesanan kes secara aktif mendapati ahli keluarga beliau dikesan positif Covid-19 (iaitu ibu, bapa dan dua adik-beradik beliau).

"Salah seorang rakan kepada bapa kes ini didapati positif Covid-19, menjadikan ini sebagai sebuah kluster baharu di Kidurong.

"Susulan itu, siasatan dan saringan kontak rapat dijalankan apabila setakat ini seramai 231 orang dikenalpasti," katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 163 orang disaring dan semuanya negatif Covid-19.

Beliau berkata, punca jangkitan masih dalam siasatan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 19, 2020 @ 5:27pm
    d