utama

Akhbar Harian Metro tetap pilihan hati

Oleh Siti Rohana Idris

SAJIAN berita terkini dengan kandungan yang padat menarik minat pembaca untuk terus kekal membaca Harian Metro sama ada melalui versi digital mahupun akhbar.

Bagi seorang peniaga dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Muhd Azran Azman, 21, hampir setiap hari membeli akhbar Harian Metro walaupun berita yang sama boleh dibaca melalui atas talian.

Dia yang menggemari segmen sukan dan hiburan berkata, akhbar itu akan dibeli setiap hari sekiranya terdapat isu besar sekali gus dapat menyimpan keratan sebagai kenangan.

"Contohnya isu Covid-19 yang berlaku, baru-baru ini di mana sebahagian besar masih disimpan selain berita mengenai bot terbalik di Kemasin, Bachok dan kini isu berhubung laporan Al Jazeera.

"Selain itu harganya juga murah dan masih tidak berubah menjadikan Harian Metro tetap menjadi pilihan dari dulu sehingga kini," katanya ketika ditemui selepas menebus minuman Ribena sempena Ulang Tahun Harian Metro ke-29 di di Flat Jalan Bayam, Kota Bharu, hari ini.

Seorang lagi pembaca Mohd Alif Rudi, 16, berkata akhbar itu memang menjadi pilihan keluarga terutama bapanya, Rudi Ahmad, 47, yang boleh dianggap sebagai pembaca setia.

Dia yang kelihatan seronok mendapat 'imbuhan' sebotol kordial Ribena berkata, ganjaran yang disediakan agak sesuai dan menarik minat pembaca untuk terus setia bersama akhbar itu.

"Setiap kali ayah membeli Harian Metro, saya 'tumpang sekaki' membaca kerana akhbar ini berbeza dengan kandungan yang padat merangkumi pelbagai segmen.

"Selain akhbar, saya juga melayari berita digital untuk mengetahui berita mutakhir dan perkembangan sesuatu isu," kata pelajar Tingkatan Empat Sekolah Maktab Sultan Ismail (SIC), Kota Bharu.

Bagi Anizah Omar, 34, dia tidak ketinggalan menebus sebotol kordial Ribena yang menjadi kegemaran dua anaknya dan menyifatkan hadiah sempena ulang tahun Harian Metro itu agak menarik.

"Sebaik mengetahui boleh menebus sejak semalam, saya segera datang hari ini dan nasib baik rumah kami tidak jauh dari premis terpilih.

"Sudah pasti kami sekeluarga akan kekal dengan Harian Metro kerana selain kandungannya yang menyeluruh, 'layout' juga menarik perhatian pembaca di samping harganya masih kekal relevan," katanya.

Disiarkan pada: July 7, 2020 @ 4:57pm
d