utama

Bagai babak filem ngeri

Oleh Agensi

Amsterdam: Bagaikan babak filem ngeri, kumpulan jenayah terancang di Eropah dikesan mengubah suai enam kontena untuk dijadikan kamar seksaan yang kalis bunyi.

Ia dilengkapi kerusi rawatan gigi dan peralatan seperti playar dipercayai digunakan untuk menyeksa individu yang ditahan kumpulan berkenaan.

Selain itu, gari juga dirantai pada siling dan lantai kotena. Apa yang berlaku di dalamnya dapat disaksikan menerusi paparan video di satu lokasi berasingan.

Ia terbongkar selepas pihak berkuasa Belanda menyerbu sebuah gudang di Wouwse Plantage berhampiran sempadan Belgium.

Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemui beg berisi peralatan tajam dan foto individu yang bakal ditahan kumpulan itu.

Serbuan itu selepas pihak berkuasa di beberapa negara mendapat petunjuk hasil daripada data telekomunikasi digunakan penjenayah berkenaan.

Ia selepas polis Perancis melakukan penyulitan data daripada jutaan teks menerusi jaringan komunikasi EncroChat.

Disiarkan pada: July 10, 2020 @ 7:01am
d