utama

Covid-19: Kluster Kejuruteraan Kuching dikesan

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KLUSTER baharu dikesan di sebuah syarikat kejuruteraan di Kuching, Sarawak yang merekodkan dua kes positif setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes pertama Kluster Kejuruteraan Kuching itu adalah kes ke-8,694 membabitkan seorang pekerja di syarikat berkenaan yang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan pada 9 Julai lalu.

"Individu itu dilaporkan mengalami gejala pernafasan sebelum didapati positif Covid-19 pada hari sama.

"Susulan itu, siasatan dan aktiviti saringan kontak rapat dijalankan dengan 32 kontak rapat membabitkan rakan sekerja serta ahli keluarga yang dikenal pasti dan disaring," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hasil saringan itu, satu kes dikesan positif, 16 kes negatif dan 15 kes lagi masih menunggu keputusan.

"Langkah pencegahan seperti proses pembersihan dan nyah kuman sudah dijalankan di premis syarikat berkenaan.

Punca jangkitan kluster ini adalah masih di dalam siasatan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 12, 2020 @ 5:51pm
    d