utama

ADUN Slim meninggal dunia

Oleh BERNAMA

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.

"Jenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana," katanya.

Menurutnya berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Terdahulu, berita kematian ADUN itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin UMNO negeri dan pusat.

Disiarkan pada: July 15, 2020 @ 5:16pm
d