utama

[UPDATE] Suami Youtuber terkenal direman 3 hari [METROTV]

Oleh Zahratulhayat Mat Arif

SUAMI kepada Youtuber masakan terkenal dikenakan tahanan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Ipoh.

Ia bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Majistret Nabihah Mohd Noor membenarkan perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu.

Terdahulu lelaki itu dibawa ke mahkamah dengan menaiki van dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap berwarna ungu pada jam 10 pagi.

Menurut sumber, pasangan itu didakwa bertengkar di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, Isnin lalu.

Ia dipercayai selepas mangsa tidak menyebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah baru-baru ini.

"Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (Selasa) di mana lelaki itu mahu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

"Dalam keadaan mabuk dia membuat panggilan telefon kepada adik isterinya untuk bertemu bagaimanapun panggilan itu tidak dijawab.

"Keadaan itu menyebabkan suspek memukul mangsa dan keluar untuk bertemu adik iparnya yang berada di sebuah hospital berikutan isterinya dirawat disitu," katanya.

Sumber berkata pada jam 5.54 petang hari yang sama, pejabat pengawal keselamatan menerima panggilan telefon daripada seorang jururawat yang mendakwa ada melilhat seorang lelaki mabuk membawa sabit.

Suspek dipercayai mencari adik iparnya susulan masalah keluarga berhubung isu kakaknya dipukul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian itu.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga," katanya.

Berita berkaitan

Suami Youtuber terkenal bakal direman

Disiarkan pada: July 22, 2020 @ 1:26pm
d