utama

Suami S Pavithra didakwa memiliki senjata berbahaya [METROTV]

Oleh Wartawan HM

SUAMI kepada YouTuber masakan terkenal S Pavithra didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas dakwaan memiliki senjata berbahaya.

Tertuduh, M Sugu, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sabit sepanjang 26 inci di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, kira-kira 6 petang, Selasa lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Waffy Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam, Mahinderjit Singh.

Mohd Fauzi membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga perbicaraan kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Ogos depan.

Pada prosiding hari ini, Pavithra, 28, turut kelihatan di mahkamah.

Saluran YouTube Sugu Pavitha kini mempunyai 783,000 pengikut.

Berita berkaitan

Anugerah Ikon Anak Bandar Raya Ipoh untuk anak kelahiran Ipoh saja

[UPDATE] Suami Youtuber terkenal direman 3 hari [METROTV]

[UPDATE] Suami Youtuber terkenal bakal direman

Disiarkan pada: July 24, 2020 @ 10:19am
d