utama

'Saya dan suami akan teruskan rancangan masakan di YouTube nanti' - Pavithra [METROTV]

Oleh Balqis Jazimah Zahari

"SAYA dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa. Kami akan kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube nanti."

Demikian kata Youtuber terkenal, S Pavithra, 28, yang akhirnya membuka mulut mengenai insiden menimpa dia dan suami.

Pagi tadi, suaminya, M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dakwaan memiliki senjata berbahaya.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memiliki sabit sepanjang berukuran 66 sentimeter di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, kira-kira 6 petang, 21 Julai lalu.

Pavithra berkata, dia sudah memaafkan suaminya dan membayar jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya.

Menurutnya, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah itu dan mahu memberi perhatian kepada kehidupan mereka sekeluarga terutama meneruskan rancangan masakan di YouTube.

Pavithra mengharapkan tiada salah faham dan dia sendiri tidak mengambil hati atas apa juga komen netizen.

Katanya, dia memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan di Channel Youtube mereka 'Sugu Pavithra'.

"Saya tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial, teruslah memberi sokongan kepada kami," katanya.

Sugu didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun dan sebat.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail dan tertuduh diwakili Mahinderjit Singh.

Mahkamah menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Petang tadi, Sugu didakwa buat kali kedua di Mahkamah Sesyen Ipoh, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada isteri.

Dia mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isteri dengan menggunakan telefon bimbit dan hulu sabit.

Kejadian berlaku di parkir HRPB antara jam 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

Suami Youtuber S Pavithra didakwa kali kedua

Pavithra tenang

Suami S Pavithra didakwa memiliki senjata berbahaya

Anugerah Ikon Anak Bandar Raya Ipoh untuk anak kelahiran Ipoh saja

[UPDATE] Suami Youtuber terkenal direman 3 hari [METROTV]

[UPDATE] Suami Youtuber terkenal bakal direman

Disiarkan pada: July 24, 2020 @ 4:23pm
d