utama

24 Pati Rohingya dikhuatiri lemas di perairan Langkawi

Oleh Hamzah Osman

SERAMAI 24 pendatang asing tanpa izin (Pati) dipercayai etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan barat Pulau Langkawi malam tadi.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, Maritime Rescue Sub-Coordinator (MRSC) Langkawi menggerakkan Bot Pelindung 2 ke lokasi sebaik menerima laporan pada jam 10.30 malam tadi.

Katanya, operasi menyelamat hari ini diteruskan membabitkan Kapal Maritim (KM) Gagah, bot Pelindung 2 dan pesawat AW 139 merangkumi sektor carian seluas 109 batu nautika persegi barat perairan Pulau Langkawi.

TERKINI

  • 25 PATI terjun laut, 1 Rohingya selamat
  • Disiarkan pada: July 26, 2020 @ 1:55pm
    d