utama

'Tidak mahu lagi ada kena-mengena dengan Youtube' - Sugu Pavithra

Oleh Balqis Jazimah Zahari

PASANGAN Youtuber popular, Sugu Pavithra membuat keputusan untuk tidak lagi mempunyai kaitan dengan laman media sosial, Youtube.

M Sugu, 29, berkata, kesemua video yang pernah dimuat naik di saluran Youtube bersama isterinya, S Pavithra, 28, sebelum ini dipadam kerana mereka tidak mahu lagi terbabit dengan apa sahaja yang boleh meraih perhatian umum.

"Kami tidak mahu lagi ada kena-mengena dengan Youtube," katanya ringkas ketika dihubungi di Ipoh.

Semalam, pasangan itu sekali lagi mengejutkan orang ramai apabila bertindak memadam kesemua video masakan yang dikongsikan di saluran Youtube mereka.

Menurutnya, mereka kini hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan menjalani kehidupan seperti orang biasa.

"Ramai lagi Youtuber masakan yang lagi hebat dan bagus, kami hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga," katanya.

Sugu berkata, buat masa ini mereka berdua masih belum memikirkan apa perancangan yang mahu dilakukan.

Semalam dilaporkan, pasangan yang mencipta sensasi menerusi saluran mengenai masakan, Sugu Pavithra, bertindak memadam semua video dihasilkan mereka sebelum ini.

Sepanjang tempoh mengendalikan saluran itu, pasangan Sugu dan Pavitra berkongsi 98 video hingga meraih lebih 34 juta tontonan.

Pasangan itu dianggap Youtuber sensasi di negara ini, apabila dalam tempoh yang singkat mereka menarik sehingga lebih 700,000 pengikut dari dalam dan luar negara.

Berita berkaitan

Apa sudah jadi dengan saluran Youtube Sugu Pavithra

Suami S Pavithra didakwa memiliki senjata berbahaya

Pavithra tenang

'Saya dan suami akan teruskan rancangan masakan di YouTube nanti' - Pavithra

Sugu Pavithra dapat gaji sulung sebagai Youtuber

Disiarkan pada: July 26, 2020 @ 11:18pm
d