utama

SPRM siasat dakwaan Adun ditawar wang, jawatan untuk lompat parti

Oleh Juwan Riduan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap beberapa laporan media berhubung wujudnya unsur rasuah dalam perkembangan politik semasa di Sabah.

Laporan media mendakwa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata, SPRM sudah menghubungi Adun yang dipercayai terbabit untuk membantu siasatan lanjut.

"Hasil interaksi dengan Adun terbabit, mereka enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku.

"Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak terbabit," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Disiarkan pada: July 31, 2020 @ 5:54pm
d