utama

MBSA tidak akan melindungi kakitangan tidak berintegriti

Oleh Ruwaida Md Zain

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan dan tidak pernah melindungi mana-mana kakitangannya yang tidak berintegriti terutamanya membabitkan rasuah.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, penjawat awam yang melakukan kesalahan jenayah akan berhadapan hukuman tatatertib termasuk dibuang kerja.

"MBSA akan memberi kerjasama penuh dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha menangani isu ini.

"Semalam MBSA juga sudah mengadakan mesyuarat dengan SPRM berhubung perkara ini.

"Saya tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan yang tidak berintegriti," katanya ketika mengulas penahanan tiga pegawai penguat kuasa MBSA Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai menerima rasuah.

Haris berkata, bagi kes penahanan tiga pegawai penguat kuasa itu, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

"Ia dah jadi kes SPRM. Biar SPRM siasat dan kalau betul, ada kes mereka akan didakwa," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bertindak lebih tegas terhadap mana-mana kakitangan yang terbabit dengan kesalahan seumpama itu.

"Ini soal integriti, dari semasa ke semasa saya kerap memberikan peringatan dan amaran dalam pelbagai platform," katanya.

Terdahulu, SPRM dilaporkan menahan tiga pegawai penguat kuasa MBSA kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh.

Berita berkaitan

Penangan video Asri Janggut, tiga penguat kuasa MBSA ditahan SPRM

Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar Shah Alam

Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi

Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri - Hamzah

Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut

Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin

Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN

Asri Janggut dah jumpa KPN

Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 2:45pm
d