utama

Video Asri Janggut: Polis kumpul bukti pegawai lindungi sindiket judi

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

TINDAKAN tegas dan tahan kerja menanti pegawai dan anggota polis jika siasatan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mendapati mereka terbabit dalam melindungi atau bersekongkol dengan sindiket perjudian di Sungai Buloh susulan pendedahan video Asri Janggut.

Pengarah JIPS Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, ketika ini Bukit Aman dan JIPS sedang menjalankan siasatan lanjut dan kini proses mengumpul bukti serta keterangan dilakukan.

"Kita sedang mengumpul terlebih dahulu bukti dan keterangan sebelum tindakan seterusnya diambil.

"Namun jika hasil siasatan itu nanti terbukti ada pegawai dan anggota terbabit melindungi sindiket ini pasti tindakan tegas termasuk tahan kerja akan diambil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali Asri Janggut yang juga pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu sebelum ini mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh.

Pendedahannya menerusi tiga siaran langsung di Facebook Hot Burger Malaysia kemudian tular di media sosial.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menafikan dakwaan itu dan berkata ia satu fitnah yang mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

Pendedahan dilakukan Asri Janggut itu juga mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum mereka berdua bertemu di Bukit Aman dipercayai berbincang mengenai isu sama.

Selain Abdul Hamid, pendedahan Asri Janggut juga mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang segera turun bersamanya meninjau lokasi yang dipercayai dijadikan sebagai premis judi di kawasan berkenaan.

Hari ini, SPRM mendedahkan pihaknya menahan tiga pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana dipercayai mengutip dan menerima rasuah secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar kawasan Sungai Buloh.

Sumber SPRM mendedahkan, kumpulan penguat kuasa itu dilapor menerima antara RM300 hingga RM3,500 setiap bulan bagi melindungi sebuah premis di kawasan itu.

Berita berkaitan

Kita akan pastikan peraturan ditegakkan - Datuk Bandar Shah Alam

Bukit Aman sahkan terima maklumat pegawai, anggota lindungi premis judi

Siasatan bukan untuk hukum Mohd Asri - Hamzah

Cemburu bila kami kena tindakan, orang lain tidak - Asri Janggut

Asri Janggut dakwa 'ayahanda' tak puas hati

Buat video dedah kegiatan haram dan serah pada KDN - Hamzah Zainuddin

Saya dengar sendiri penjelasan beliau - KPN

Asri Janggut dah jumpa KPN

Saya serah 100 peratus kepada Allah - Asri Janggut

Pendedahan Asri Janggut akan dibangkitkan di Dewan Rakyat

SPRM cari penguat kuasa lindung perniagaan haram di Sungai Buloh

'Hak polis untuk nafi tapi saya penduduk asal di situ' - peniaga burger [METROTV]

'Bagus, ada orang berani, ikhlas...' - KPN

Polis buat laporan polis terhadap peniaga burger tular

Gerai burger disita selepas nasihat tak diendah: MBSA

Disiarkan pada: August 11, 2020 @ 3:13pm
d