utama

Zulkifli Zain meninggal dunia

Oleh Wartawan HM

Kuala Lumpur: Pelakon, Datuk Zulkifli Zain menghembuskan nafas terakhir pada 7.18 malam tadi.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disamping isteri tersayang Datin Normala Omar dan lima anak di rumahnya di Ukay Perdana.

"Allahyarham beberapa kali dimasukkan ke hospital sebelum ini disebabkan masalah kesihatan yang meruncing.

"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam UK Perdana pagi esok. Sebarang maklumat lanjut akan menyusuli dalam masa terdekat.

"Seniman Malaysia mengucapkan takziah buat ahli keluarga dan semoga tabah hadapi ujian Allah," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Allahyarham memulakan karier dengan filem pertama iaitu Jiwa Remaja pada 1975.

Beliau sudah berlakon lebih sepuluh filem dan beratus drama sepanjang berada di dalam dunia hiburan.

Disiarkan pada: September 5, 2020 @ 10:18pm
d