utama

Berus gigi dalam perut

Oleh Agensi

New Delhi: Pakar bedah kanan Hospital Bagin Pertin, Pasighat di Arunachal Pradesh, timur laut India berjaya mengeluarkan berus gigi sepanjang 19 sentimeter yang 'mendarat' dalam perut seorang lelaki.

Pembedahan dilakukan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian yang berlaku pada 15 September lalu.

Sebelum itu, pesakit berusia 39 tahun dirujuk ke hospital terbabit oleh klinik yang terletak 100 kilometer (km) dari situ, sebaik mengadu tertelan berus gigi ketika membersihkan belakang kerongkongnya.

Dr Bomni Tayeng berkata, pihaknya segera melakukan ujian imbasan sinar-X, namun gagal menemui berus gigi di kerongkong pesakit, sekali gus mengagak bahawa ia mungkin berada di perut pesakit.

"Pakar Telinga, Hidung dan Mata (ENT) memeriksa pesakit dan bercadang melakukan prosedur esofagoskopi dan saya memeriksanya pada jam 6 petang.

"Prosedur itu kemudian berlangsung pada pagi 16 September lalu, tetapi berus gigi tidak ditemui dalam saluran esofagus, bermakna ia sudah memasuki perut.

"Kami kemudian melakukan prosedur selanjutnya di perut pesakit," katanya seperti dilapor Metro UK.

Disiarkan pada: September 26, 2020 @ 7:01am
d