utama

Covid-19: Kes melonjak 561, 5 kluster baharu muncul, dua kematian [METROTV]

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini melonjak 561 kes berbanding 374 kes semalam, dengan menyaksikan dua kematian dicatatkan hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, dengan perkembangan itu jumlah keseluruhan kes positif ialah 15,657 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19, adalah 4,587 kes.

"Daripada jumlah kes baharu, 553 kes penularan di dalam negara membabitkan 494 kes adalah warganegara Malaysia dan 59 kes adalah bukan warganegara, manakala lapan lagi adalah kes import.

"Daripada penularan tempatan, 11 kes pula adalah pengunjung yang pulang dari Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September adalah sebanyak 353 kes," katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Manakala terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan kemunculan lima kluster baharu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 11, 2020 @ 6:50pm
    d