utama

Bayi maut dipercayai dibunuh bapa

Oleh Nor Amalina Alias

Bachok: Bayi lelaki berusia lapan bulan ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dipercayai dibunuh bapanya menggunakan objek tumpul dalam kejadian di Kampung Sungai Dua, di sini, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, siasatan awal polis mendapati bayi berkenaan dibunuh ayahnya yang dipercayai mengalami gangguan mental.

Katanya, lebih menyedihkan mayat bayi berkenaan ditemui dalam karung guni yang disorok di bahagian dapur rumah.

"Mayat bayi berkenaan yang mengalami kecederaan parah dan lebam di beberapa bahagian badan turut dilumuri garam kasar yang dilakukan bapa berusia 40 tahun itu," katanya.

Disiarkan pada: October 13, 2020 @ 2:54pm
d