utama

Anwar tidak serah bukti sokongan - Istana Negara

Oleh Shamran Sarahan; Amir Abd Hamid; Yusmizal Dolah Aling; Nurul Hidayah Bahaudin; Hajar Umira Md Zaki dan Mohamad Fais Jusoh

Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara, tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan itu.

Susulan tindakan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin melalui kenyataan berkata, sesi pertemuan berlangsung hampir 25 minit itu menyaksikan Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Rakyat bagi mengukuhkan dakwaan itu.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima Anwar untuk menghadap baginda di Istana Negara pada jam 11 pagi hari ini.

"Sesi menghadap ini sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 22 September lalu tetapi ditangguhkan berikutan kegeringan Al-Sultan Abdullah di mana Seri Paduka Baginda telah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bermula pada 21 September hingga 3 Oktober lalu," katanya.

Disiarkan pada: October 13, 2020 @ 3:07pm
d