utama

Covid-19: 799 kes baharu, 466 direkodkan di Sabah [METROTV]

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Sabah terus menjadi negeri tertinggi merekodkan kes jangkitan Covid-19 apabila sebanyak 466 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam daripada 799 kes baharu yang dilaporkan di seluruh negara.

Kes jangkitan terbaharu itu sekali gus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes dilaporkan, 170 kes dikesan di Lembah Klang.

Menurutnya, terdapat tiga kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian direkodkan sebanyak 249.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisham berkata, terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: October 30, 2020 @ 6:20pm
    d