utama

5 rentung dalam kebakaran [METROTV]

Oleh Ruwaida Md Zain

Klang: Tiga lelaki dan dua wanita rentung dalam kebakaran lima rumah di Lorong Mokhtar, Kampung Delek Kanan, di sini pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan pada jam 3.56 pagi, segera bergegas ke lokasi untuk melakukan kerja pemadaman.

"Sebaik tiba di lokasi, terdapat satu mangsa lelaki di rumah pertama, warganegara Kemboja manakala empat sekeluarga di rumah kedua terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan (suami), seorang wanita (isteri warganegara Kemboja), seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi, kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan oleh bomba.

"Rumah jenis berderet setingkat (bangunan B) berkeluasan 100 x 20 kaki persegi itu musnah 90 peratus," katanya yang berada di lokasi kejadian.

Disiarkan pada: November 4, 2020 @ 7:18am
d