utama

Nak tahu sangat

Oleh Agensi

Beijing: Hanya kerana ingin tahu, seorang budak lelaki di China memasukkan wayar elektrik sepanjang 70 sentimeter ke dalam saluran kencingnya.

Remaja berusia 13 tahun dari Dongguan di wilayah Guangdong, selatan China itu bertindak sedemikian dipercayai kerana mahu tahu punca air kencingnya.

Global Times melaporkan wayar itu tersangkut di pundi kencingnya selama tiga bulan dan dia mengalami masalah kerap kencing.

Sepanjang tempoh itu, remaja itu bukan saja menahan sakit, malah ada ketikanya darah keluar dari saluran kencingnya.

Berikutan keadaan budak itu semakin teruk, dia dikejarkan ke hospital berhampiran oleh ahli keluarganya.

Doktor kemudian memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi mengeluarkan wayar berkenaan.

Seorang doktor yang dikenali sebagai Shi berkata, wayar berkenaan digunakan remaja itu, asalnya berwarna hitam.

Namun, selepas berada di dalam tubuhnya terlalu lama dan diselaputi kotoran air kencing, ia bertukar menjadi kelabu.

"Ia merosakkan saluran dan pundi kencing mangsa jika berada di dalam badannya lebih lama," katanya.

Disiarkan pada: November 13, 2020 @ 6:30am
d