utama

Pesawat mendarat cemas atas lebuh raya [METROTV]

Oleh Omar Ahmad

Kulai: Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat sini, pagi hari ini.

Difahamkan, juruterbang dan seorang lagi yang berada dalam pesawat berkenaan selamat dalam kejadian terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

"Pesawat ringan itu bukan terhempas, ia mendarat cemas dan setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami," katanya.

Berita terkini:

  • 2 juruterbang selamat, pesawat alami kerosakan enjin [METROTV]
  • Pengalaman juruterbang bawa pesawat mendarat dengan selamat
  • Disiarkan pada: November 22, 2020 @ 11:55am
    d