utama

Hantaran RM87,000 buat gadis idaman

Oleh Agensi

Makassar: Demi mendapatkan wanita idaman hati, seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM870,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo, 45, ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza, 29, pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso berkata, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.

"Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti," katanya seperti dilaporkan Liputan6.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar.

Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 6:30am
d