utama

i-Sinar KWSP kini bagi semua ahli terjejas [METROTV]

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumkan Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai lapan juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000.

"Saya dengar kesusahan rakyat di media sosial termasuk tuntutan semua Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan Program i-Sinar diperluaskan kepada ahli terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.

"Mereka layak memohon pengeluaran tanpa mengira sektor," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, had pengeluaran i-Sinar juga dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 membabitkan peruntukan RM70 bilion.

Disiarkan pada: November 26, 2020 @ 3:06pm
d