Kuala Lumpur: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.
Muhyiddin berkata, sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.
Antara bantuan yang diumumkan Perdana Menteri ketika pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial:
Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 rkepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun iniKerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 jutaMoratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun iniJKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layakPelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 JanPemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga AprilMereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 MacProgram Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektorBantuan sekaligus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailingKWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro credit dan kempen e-dagang Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500Kerajaan benarkan syarikat milik asing yang beroperasi di Malaysia untuk mendapat jaminan SJPD dengan syarat jumlah pekerja tempatan mereka adalah sekurang- kurangnya 75 peratus Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut Enam sektor perniagaan bakal menerima diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac depan iaitu pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.Berita berkaitan:
PM umum PERMAI bernilai RM15 bilionPelepasan cukai peralatan teknologi dilanjutkanSemua majikan layak mohon subsidi upahPengecualian cukai jualan kereta penumpang dilanjutkanDana tambahan perangi Covid-19Diskaun khas bil elektrik 10 peratusCaruman penuh untuk penghantar barangan, makananBayaran RM1,000 GKP Permai kepada PKS di kawasan PKPPM jamin kelangsungan hidup rakyat susulan PKPKerajaan salur RM200 juta bantu mangsa banjir