utama

2,468 kes baharu, 14 kematian Covid-19

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Sebanyak 2,468 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan 14 kematian, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu, 2,464 kes adalah kes tempatan manakala bakinya kes import.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 4,054 kes sembuh hari ini dengan kumulatif kes sembuh sebanyak 256,678 kes.

"Setakat hari ini, 30,475 kes aktif masih direkodkan KKM dengan 196 kes masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor masih merekodkan kes positif baharu tertinggi dengan 932 kes hari ini menjadikan kes keseluruhan direkodkan di negeri itu sebanyak 96,237 kes.

Katanya, Perlis tidak merekodkan sebarang kes positif baharu hari ini dan jumlah kes setakat ini bagi negeri itu adalah 207 kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: February 23, 2021 @ 6:19pm
    d