utama

Terus meningkat: 2,875 kes baru, 7 kematian

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus meningkat dengan 2,875 kes direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan 384,688 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh kematian akibat virus itu dilaporkan hari ini membabitkan enam warganegara dan seorang warga asing.

Menurutnya, daripada jumlah jangkitan kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,846 kes membabitkan penularan tempatan manakala 29 lagi adalah kes import.

"Kelantan merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 662 kes diikuti Selangor (633 kes) dan Sarawak (474 kes).

"Terdapat 248 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 115 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: April 22, 2021 @ 5:35pm
d