utama

Serpihan KRI Nanggala-402 ditemui [METROTV]

Oleh Agensi

Jakarta: Ketua Angkatan Laut (KSAL) Laksamana Yudo Margono mengesahkan bahawa pasukan mencari dan menyelamat KRI Nanggala-402 telah menemukan serpihan yang diyakini berasal dari kapal selam berkenaan.

"Pasukan mencari berjaya menjumpai beberapa kepingan dan barang-barang yang berada di sekitar lokasi terakhir kapal selam itu dilihat yang diyakini sebahagian komponen kapal selam berkenaan," katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga yakin serpihan berkenaan terangkat keluar dari kapal.

"Kami yakin berlaku keretakan pada kapal selam itu sehingga beberapa komponen timbul ke permukaan.

"Keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya tiada tekanan atau terjadinya keretakan," katanya.

Antara yang ditemukan, pelurus tabung peluru torpedo, paip pendingin serta botol berwarna oren mengandungi minyak pelincir kapal selam terbabit.

Turut dijumpai sejadah dipercayai milik kru.

"Barang-barang ini tidak dimiliki oleh umum. Dan di sekitar radius kawasan pencarian, tidak ada kapal lain yang melintas.

"Malah, berdasarkan keterangan bekas kru KRI Nanggala-402, mereka yakin barang-barang berkenaan adalah dari dalam kapal selam itu," katanya.

Yudo berkata, oksigen simpanan di kapal selam buatan Jerman itu hanya bertahan 72 jam dan sepatutnya tempoh berkenaan sudah tamat.

Sementara itu, tumpuan pencarian KRI Nanggala-402 berada pada sembilan titik di perairan utara Celukan Bawang, Bali.

Kesemua kawasan itu diyakini sebagai lokasi terakhir kapal selam berkenaan sebelum terputus hubungan.

Berita berkaitan:

  • Doakan kru KRI Nanggala 402
  • P-8 Poseidon tiba, bantu cari KRI Nanggala 402
  • Tentera kesan isyarat objek kemagnetan tinggi

  • AS hantar aset bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Bekalan oksigen ada 72 jam lagi
  • Kapal selam Indonesia hilang
  • Kesan tumpahan minyak
  • TLDM bantu pencarian kapal selam Indonesia
  • Serpihan KRI Nanggala-402 ditemui
  • Disiarkan pada: April 24, 2021 @ 5:45pm
    d