utama

3,807 kes Covid-19 dicatatkan, 17 kematian

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Sebanyak 3,807 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 444,484 kes dengan jumlah kes aktif 37,396 serta 17 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima kes import dilaporkan, manakala 3,802 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

"Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,149 kes dengan diikuti Sarawak (649 kes) dan Kelantan (329 kes).

"Terdapat 432 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 224 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, 3,454 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 405,388 kes atau 91.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Terdapat 17 kematian dilaporkan hari ini membabitkan 16 individu tempatan serta seorang warga asing berusia antara 48 hingga 92 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

"Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,700 kes atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Disiarkan pada: May 10, 2021 @ 6:31pm
d