utama

Covid-19: Kes baharu positif kembali melepasi angka 7,000 [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Kes baharu positif Covid-19 dalam negara hari ini dilaporkan kembali meningkat apabila mencatatkan sebanyak 7,105 kes.

Ia menjadikan kumulatif kes setakat ini adalah 579,462 kes.

Sejak dua hari lalu, kes baharu positif Covid-19 dilaporkan 6,999 kes pada Ahad dan 6,824 kes pada semalam berbanding pada Sabtu, 9,020 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi dengan 2,068 kes diikuti Kuala Lumpur (817) dan Sarawak (703).

Selain itu, Kelantan merekodkan 531 kes baharu, Johor (431), Pulau Pinang (400), Negeri Sembilan (397), Perak (387), Sabah (318), Melaka (249), Kedah (236), Terengganu (198), Pahang (190), Labuan (162) dan Putrajaya (18), manakala Perlis tiada kes direkodkan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 1, 2021 @ 3:28pm
    d