utama

7,452 kes baharu Covid-19 [METROTV]

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas berkurangan sedikit apabila mencatatkan 7,452 kes berbanding 7,748 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam perkongsian di laman sosial Twitter Dr Noor Hisham berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia setakat hari ini ialah 610,574 kes.

Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 2,509 kes diikuti Kuala Lumpur (678), Negeri Sembilan (843), Sarawak (651), Johor (412), Pulau Pinang (370), Kelantan (312), Pahang (286), Kedah (263) dan Perak (252).

Melaka pula mencatatkan 206 kes, Labuan (205), Terengganu (190), Putrajaya (12) manakala Perlis sebanyak empat kes.

Disiarkan pada: June 5, 2021 @ 4:26pm
d