utama

Covid-19: 7,386 pulih, 6,239 kes baharu [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat berbanding semalam apabila mencatatkan 6,239 kes dengan 75 kematian direkodkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes baharu sebanyak 633,891 kes.

"Daripada jumlah itu 11 kes daripadanya adalah kes import membabitkan tujuh warganegara dan empat bukan warganegara.

"Jumlah kes sembuh terus menunjukkan peningkatan dengan 7,386 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 548,705 kes.

"Sebanyak 75 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian ialah 3,611 kes. Manakala 905 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 453 memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2,291 kes diikuti Kuala Lumpur (704); Negeri Sembilan (507); Johor (468); Sarawak (419) dan Kelantan (340).

Beliau berkata, selain itu, Pahang (232); Sabah (232); Labuan (200); Pulau Pinang (194) dan Perak (175)

Menurutnya, Terengganu mencatatkan 171 kes; Melaka (150); Kedah (135) Putrajaya (17 dan Perlis (4).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 9, 2021 @ 3:45pm
    d