utama

Bomba bantu pindah wanita 300 kg

Oleh Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Pasukan bomba membantu memindahkan seorang wanita obes seberat kira-kira 300 kilogram (kg) dari Hospital Jitra ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan untuk membantu pihak hospital pada 9.52 malam.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra tiba di hospital pada jam 9.56 malam dan kemudian memindahkan wanita berusia 42 tahun yang mengalami obesiti itu dengan menaiki sebuah lori Isuzu.

"Turut mengiringi pesakit berkenaan adalah petugas Kementerian Kesihatan Malaysia yang disertai empat anggota dari BBP Jitra.

"Operasi tamat pada 11.14 malam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: June 17, 2021 @ 9:01am
d