utama

Rumah bertema Darth Vader

Oleh Agensi

Washington: Kediaman impian bertemakan watak Darth Vader dalam filem francais popular Star Wars yang terletak di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) akan dijual pada harga AS$4.3 juta (RM17.8 juta).

CNN Style melaporkan rumah dikenali The Darth Vader House itu berkeluasan 650 meter persegi.

Kediaman lain berhampiran di kawasan sama bernilai antara AS$805,000 (RM3.33 juta) hingga AS$2.7 juta (RM11.178 juta).

Menurut rekod, rumah itu dilengkapi empat bilik tidur dan lima bilik mandi. Ia juga mempunyai garaj boleh memuatkan empat kereta.

Hartanah untuk dijual itu disenaraikan menerusi firma hartanah mewah terkemuka, Martha Turner Sotheby's International Realty.

Rumah itu menawarkan ruang terbuka rumah kontemporari, almari yang luas, ruang tamu pelbagai guna dan tingkap besar.

Texas Monthly melaporkan, arkitek rumah berkenaan, Randy Hickey berkata, pemiliknya, Jean Cukier tidak pernah berhasrat menjadikan kediamannya itu seperti Darth Vader.

Disiarkan pada: June 20, 2021 @ 7:30am
d