utama

Kucingku si pencuri

Oleh Agensi

Oregon: Gara-gara 'kenakalan' kucingnya, seorang wanita dari Beaverton, Amerika Syarikat sanggup memasang papan tanda bertulis 'Kucing Saya Adalah Pencuri' sebagai peringatan kepada jiran yang menetap di kawasan perumahannya.

Huffpost melaporkan Kate Felmet tindakan itu juga dilakukan bagi membolehkan jirannya menuntut semula barangan milik mereka yang diambil oleh Esme iaitu kucing hitam peliharaannya.

Menurut Felmet, setakat ini, kaedahnya digunakannya itu berkesan.

"Kebanyakan orang datang ke sini mengambil gambar dan ada juga pemandu bas yang lalu serta mengambil beberapa pasang sarung tangan," katanya kepada KOIN.

Gambar papan tanda yang menunjukkan lakaran wajah Esmes dengan baju, sarung tangan dan pelitup muka tergantung pada ampaian itu mendapat perhatian netizen selepas ia tular di media sosial.

Beberapa netizen turut berkongsi kisah serupa mengenai tabiat kucing kesayangan mereka yang turut membawa pulang barangan ke rumah.

"Kucing saya kerap pulang ke rumah dengan membawa rantai leher kucing lain.

"Kemungkinan kucing saya adalah 'pembunuh bersiri' dan saya pula tidur dengan 'pisau' di bawah bantal," tulis seorang pengguna Twitter bernama 1EEX303.

Menurut laman web, The Conscious Cat yang mengkaji pelakuan itu sejak 2018, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kucing melakukan tabiat berkenaan.

Laman web itu juga membuat perbandingan iaitu kucing yang membawa pulang tikus dan burung disebabkan mahu membawa mangsa ke tempat selamat.

Sementara itu, kucing yang membawa pulang barangan pula kemungkinan menganggapnya hadiah dan tanda terima kasih kepada pemiliknya.

Disiarkan pada: June 20, 2021 @ 8:01am
d