utama

Jimin RM623,000

Oleh Agensi

London: Seorang influencer (pempengaruh) media sosial di United Kingdom sanggup membelanjakan kos yang tinggi untuk menjalani pembedahan plastik demi untuk kelihatan seperti ahli kumpulan BTS, Park Ji-min atau Jimin.

Oli London dilaporkan menghabiskan AS$150,000 (kira-kira RM623,000) bagi merealisasikan impiannya itu sejak beberapa tahun lalu.

London yang kini terkenal dalam kalangan peminat K-pop mendedahkan pembedahan plastik yang dijalaninya sejak 2018 menerusi temu bual di Barcroft TV.

Dia yang memiliki 427,000 pengikut di aplikasi TikTok dan 28,600 pelanggan menerusi saluran YouTubenya, baru melancarkan lagu Christmas in Korea.

London mula dikenali selepas tampil menerusi pelbagai program televisyen termasuk di Amerika Syarikat dan mendedahkan sanggup menjalani pembedahan plastik untuk kelihatan seperti Jimin.

"Saya tidak merancang untuk 'menukar' bangsa namun tetap menghormati budaya Korea.

"Ia adalah satu bentuk penghayatan budaya, bukan ambil guna budaya (cultural appropriation)," katanya.

Dalam tempoh enam tahun, London sudah menjalani 15 pembedahan untuk merealisasikan cita-citanya untuk kelihatan seperti Jimin.

"Jika anda melihat gambar saya dan Jimin, ia kelihatan seperti kami memiliki persamaan," katanya.

Disiarkan pada: July 1, 2021 @ 6:45am
d