utama

Covid-19: 7,654 kes baharu hari ini [METROTV]

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu harian Covid-19 di negara ini melebihi angka 7,000 apabila sejumlah 7,654 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 792, 693.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, beliau berkata, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,260 kes; diikuti Kuala Lumpur (1,550); Negeri Sembilan (698); Kedah (337); Johor (313); Sarawak (286); Melaka (230); Sabah (225); Pulau Pinang (185); Pahang (180); dan Kelantan (118).

Perak pula mencatat 94 kes; Labuan (82); Terengganu (61); Putrajaya (33) dan Perlis dua kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 6, 2021 @ 4:12pm
    d