utama

Lebih 11,000 kes baharu Covid-19 [METROTV]

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 11,079 kes.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 855,949.

Kes harian baharu tertinggi direkodkan sebelum ini adalah 9,180 kes pada 10 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitternya berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan 5,263 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,521 kes dan Negeri Sembilan (1,033).

Kedah mencatatkan 497 kes baharu manakala Sarawak (472), Johor (406), Perak (329), Melaka (323), Pahang (321) dan Kelantan (211).

Terengganu mencatatkan kurang 100 kes baharu dengan 93 kes, Putrajaya (77) dan Labuan (60).

Tiada kes baharu dicatatkan di Perlis.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 13, 2021 @ 4:15pm
    d