utama

Kenderaan bawa PM memasuki Istana Negara [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki Istana Negara sebentar tadi.

Beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah berhubung situasi politik semasa negara.

Difahamkan, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun juga sudah berada di Istana Negara.

Sebelum itu kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari kediamannya jam 10.50 pagi.

Ketika ini media sedang menunggu di kediaman Tan Sri Muhyiddin dan Istana Negara untuk perkembangan lanjut.

Disiarkan pada: August 4, 2021 @ 11:03am
d