utama

19,819 kes baharu Covid-19 hari ini [METROTV]

Kuala Lumpur: Jumlah kes harian Covid-19 sekali lagi mencatat rekod apabila meningkat kepada 19,819 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,183,110.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 8,377 kes.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan 2,467 kes, Kedah (1,371 kes), Johor (1,162 kes), dan Kelantan (1,003 kes).

"Sabah mencatatkan 949 kes diikuti Pulau Pinang (867 kes), Negeri Sembilan (800 kes), Perak (662 kes), Pahang (558 kes), Sarawak (552 kes), Melaka (508 kes), Terengganu (481 kes), Putrajaya (46 kes), Perlis (11 kes) dan Labuan (lima kes)," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 4, 2021 @ 3:37pm
    d