utama

Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah [METROTV]

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak popular, Shuib diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, hari ini.

Penyelaras Pengurusan Jenazah HCTM, Ustaz Mohd Sanusi Mustafa berkata, bagaimanapun Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat perlu memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses solat jenazah dilakukan.

"Pada peringkat pertama, saya bersama dua lagi wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) akan menyempurnakan kaedah tayamum dan menunaikan solat jenazah.

"Kemudian barulah Shuib bersama beberapa ahli keluarga terdekat diberi peluang untuk menunaikan solat jenazah sekali lagi untuk arwah tetapi saya akan bekalkan PPE kepada mereka," katanya.

Sementara itu, jenazah Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini.

Shuib berkata, dia bersyukur Allahyarham isterinya diberi peluang untuk dikebumikan di tanah perkuburan yang sama dengan ibunya.

Terdahulu, Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM pada jam 5.13 pagi, hari ini.

Berita berkaitan

  • Video pelukan terakhir Siti Sarah dan anak-anak mengundang sayu
  • 'Arwah bergelut selamatkan anak kami' - Shuib
  • Siti Sarah mahu rahsiakan ibadah korban di Gaza
  • 'Bidadari syurga saya pergi buat selamanya'
  • Siti Sarah meninggal dunia
  • Disiarkan pada: August 9, 2021 @ 11:01am
    d