utama

Anak-anak belum tahu Siti Sarah meninggal dunia

Oleh Sudirman Mohd Tahir & Najiy Jefri

Gombak: "Itu tugas paling berat saya," kata pelakon dan pelawak popular, Shuib, 38, yang belum sempat memberitahu pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada tiga anaknya.

Selepas Siti Sarah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini, jam 1.20 petang hari ini, tiga anaknya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, masih belum tahu ibu mereka sudah meninggal dunia.

"Saya belum memaklumkan kepada anak-anak mengenai pemergian arwah ibunya kerana saya bergegas ke hospital pagi tadi.

"Ini adalah cabaran kepada saya untuk maklumkan berita ini nanti kerana anak-anak masih tidur ketika saya keluar rumah tadi. Insya-Allah saya harap semua okay.

"Terus mendoakan keluarga saya. Saya balikkan semua doa kalian. Kepada yang sedang bertarung dengan Covid-19 sekarang, saya mendoakan semoga semuanya dipermudahkan," katanya ketika ditemui selepas pengebumian Siti Sarah, hari ini.

Malam tadi, Shuib bersama tiga anaknya sempat menatap wajah terakhir Allahyarham ketika masih bernyawa dengan bantuan jururawat dan doktor."

Shuib berkata, ketika panggilan video dibuat arwah kelihatan mengalirkan air mata seolah-olah memahami apa yang diungkapkan dia dan tiga anak mereka itu.

"Air matanya berlinangan seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya. Saya ada ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat tapi saya tidak dibenarkan bertemu arwah," katanya.

Menurut Shuib, dia reda dengan pemergian isterinya kerana apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi.

Berita berkaitan

  • 'Siti Sarah paling kuat dan paling baik hatinya' - Shuib
  • Siti Sarah selamat dikebumi
  • Shuib 'cemburu' pemergian Siti Sarah
  • Itu bukan gambar 'baby' Siti Sarah & Shuib
  • Air mata Siti Sarah tatapan terakhir Shuib dan anak-anak
  • Shuib, ahli keluarga terdekat dibenar tunai solat jenazah Siti Sarah
  • Video pelukan terakhir Siti Sarah dan anak-anak mengundang sayu
  • 'Arwah bergelut selamatkan anak kami' - Shuib
  • Siti Sarah mahu rahsiakan ibadah korban di Gaza
  • 'Bidadari syurga saya pergi buat selamanya'
  • Siti Sarah meninggal dunia
  • Disiarkan pada: August 9, 2021 @ 5:47pm
    d