utama

Serah diri sebelum dijejaki

Oleh Skuad Khas Harian Metro

Kuala Lumpur: Serah diri atau setiap ahli kumpulan Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) akan dijejaki.

Difahamkan pengikut kumpulan ajaran berkenaan akan diburu oleh pasukan khas polis berdasarkan butiran lengkap yang sudah diperoleh hasil siasatan sebelum ini.

Sumber keselamatan memaklumkan bahawa polis berjaya mengenal pasti setiap individu yang terbabit dalam kumpulan itu diketuai oleh seorang wanita.

Menurutnya, maklumat berkenaan diperoleh secara terperinci hasil siasatan yang dilaksanakan termasuk daripada beberapa sumber yang tidak boleh didedahkan.

"Maklumat berhubung setiap ahli kumpulan itu sudah ada dan polis mempunyai maklumat terperinci berhubung latar belakang pengikut kumpulan terbabit.

"Mereka perlu serah diri atau polis akan menjejaki mereka berdasarkan maklumat yang ada.

"Difahamkan juga pihak polis sudah mempunyai pasukan khas untuk menjejaki setiap ahli kumpulan ini jika mereka masih berdegil atau enggan tampil bekerjasama," katanya.

Disiarkan pada: September 27, 2021 @ 12:01pm
d