utama

Kes baharu Covid-19 berkurang kepada 10,959 [METROTV]

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu hari ini terus menunjukkan penurunan dengan 10,959 kes berbanding 13,104 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia mencecah 2,209,194 kes setakat tengah hari ini.

Katanya, Sarawak kekal sebagai negeri mencatatkan kes tertinggi dengan 2,723 kes diikuti Johor (1,226), Kelantan (983) dan Selangor (979).

"Pulau Pinang pula merekodkan 793 kes diikuti, Sabah (751), Pahang (739), Perak (713), Terengganu (691) dan Kedah (660) kes.

"Di Melaka, jumlah kes baharu direkodkan ialah 346 diikuti 176 kes di Kuala Lumpur serta 110 kes di Negeri Sembilan.

"Perlis merekodkan 51 kes dan Putrajaya 18 kes manakala Labuan tiada kes direkodkan hari ini," katanya menerusi Twitter hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: September 27, 2021 @ 3:12pm
    d