utama

Harga rumah seram RM14.5j

Oleh Agensi

California: Rumah di Los Angeles yang digunakan untuk penggambaran filem A Nightmare on Elm Street pada 1984 dijual pada harga AS$3.5 juta (RM14,553,000).

Rumah itu disenaraikan dalam pasaran tepat pada masanya menjelang tibanya sambutan Halloween.

Rumah Spaulding Square yang memiliki tiga bilik itu disenaraikan oleh agensi hartanah, Douglas Elliman.

Sebelum ini, ia dibeli pengarah Hustlers, Lorene Scafaria dengan nilai AS$2.1 (RM8,731,800) pada 2013.

Rumah dua tingkat itu menjadi lokasi penggambaran filem seram arahan Wes Craven pada 1984 dan lokasi terakhir watak pembunuh bersiri, Freddy Krueger.

"Sangat mengujakan rumah ini masuk ke pasaran ketika kita kekurangan hartanah bersejarah.

"Pembeli mencari rumah yang hebat lengkap dengan satu bilik tidur bersama bilik mandi dan satu ruang untuk bekerja dari rumah.

"Ini rumahnya yang bukan sahaja cantik tetapi ada sejarah filem menyeronokkan," kata ejen penyenaraian hartanah, Learka Bosnak kepada MarketWatch.

"Di dalamnya, mempunyai ruang gaya tradisional dengan sentuhan moden yang indah," katanya kepada Los Angeles Times.

Disiarkan pada: October 23, 2021 @ 7:00am
d