utama

'Saya rasa tertipu, dia hodoh tanpa solekan'

Kaherah: Berang ditipu isterinya, seorang lelaki Mesir memfailkan penceraian di mahkamah selepas terkejut melihat rupa sebenar isterinya tanpa solekan sehari selepas perkahwinan mereka.

Gulf News melaporkan, lelaki itu mengakui pada pagi selepas perkahwinan mereka dia terkejut melihat wajah sebenar isterinya tanpa solekan.

"Saya rasa ditipu kerana sebelum berkahwin dia hanya mengenakan solekan tebal, dia kelihatan hodoh tanpa solekan," katanya kepada mahkamah.

Lelaki itu memfailkan penceraian selepas sebulan perkahwinan mereka.

Katanya, dia mengenali isterinya menerusi Facebook di mana dia memuatnaik banyak gambar cantik memakai solekan penuh.

Menurutnya, selepas itu dia bertemu dengan isterinya beberapa kali dan memutuskan untuk berkahwin dengannya.

"Tetapi selepas perkahwinan saya melihat wajah sebenar dia tanpa solekan.

"Saya terkejut kerana dia tidak kelihatan seperti orang yang saya temui beberapa kali sebelum kahwin," kata pengadu kepada mahkamah.

Dia berkata, dia menfailkan penceraian kerana rasa tertipu dengan wajah isterinya. - Agensi

Disiarkan pada: October 31, 2021 @ 6:30am
d