utama

6,323 kes baharu Covid-19

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus meningkat dengan 6,323 kes dilaporkan hari ini berbanding 6,243 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,528,821 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Disiarkan pada: November 11, 2021 @ 2:37pm
d