utama

4,066 kes Covid-19 hari ini

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Malaysia kembali mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan hari ini sejumlah 4,066 kes direkodkan.

Ia tambahan sebanyak 852 kes berbanding 3,214 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,840,225 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covidnow yang dikemaskini setiap hari selepas tengah malam.

Disiarkan pada: January 25, 2022 @ 3:17pm
d